Saturday, January 22, 2011

Khasiat daun lemuni



LEMUNI UNGGU

saya tanam pokok ini didepan rumah saya, daun berwarna unggu, ambil beberapa helai dan cuba makan, sangat2 pahit. Kesannya buat minda aktif , tak nyantok, elok kalau nak drive long distance.

lemuni juga dikenali sebagai lengundi. terdapat 2 jenis iatu yang daun dan bunga berwarna unggu. satu lagi jenis yang daun berwarna hijau dan bunga warna putih. pucuknya sangat pahit biasa dimasak dengan nasi yang dipanggil nasi lengundi untuk orang baru bersalin dan daunnya dibuat param dan direbus untuk mandian dan pengubatan orang lepas bersalin.


daun lemuni ada 2 jenis iaitu lemuni putih & lemuni unggu. kerap digunakan sebagai ulam dan juga direbus bersama daun kantan, daun samak,daun inai,daun lengkuas merah,serai wangi, lengkuas kecil,pandan,misai kucing dll untuk mandian ibu selepas bersalin.


Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin.Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya didalam periuk yang panas tanpa dicampur air. daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi.Lakukannya dua hingga 3 kali sehari.Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptik.

Dimalaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang butih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut.Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara.selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi.Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk aedes).

1 comment:

  1. i keep searching for this lemuni plant, but i can't find it. may i know where i can get this plant?

    ReplyDelete